Traffic Exchange Rankings

Friday, 31 August 2012

Aku Mahu Hidup ( I Want To Live )

Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan
Jangan Engkau duga aku dengan dugaan 
Yang tidak mampu 
Aku tanggung

Ya Allah bilakah penderitaan ini akan berakhir
Tunjukkanlah aku sinar 
Di hujung kegelapan terowong
Agar dapat aku bangkit 
Menewaskan musuh-musuhku

Ya Allah hanya kepadaMU hamba memohon
Ketika susah dan senang
Ketika tawa dan duka
Ketika lapang dan sibuk
Ketika sihat dan sakit

Ya Allah ampunilah dosaku
Serta dosa kedua orang tuaku
Kerana dosa-dosaku ini
Menjadi penghambat rahmatMu buatku

Ya Allah aku telah cuba
Sesungguhnya aku insan yang lemah.

Along 2012













No comments:

Post a Comment